Kongsi di Facebook

Ahad, 7 Mei 2017

Berita Minyak Terkini - Pengguna Diminta Menjaga Keselamatan Di Stesen Minyak

LARUT - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan  Kepenggunaan hari ini meminta pengguna supaya menjaga keselamatan apabila berada di stesen minyak bagi mengelak sebarang risiko kemalangan.

Menterinya Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata tahap sambil lewa pengguna di negara ini semasa berada di mana-mana stesen minyak masih berada pada tahap sederhana.


"Keselamatan adalah penting kerana pengguna terdedah dengan bahaya bahan petroleum dan stesen minyak akan menutup operasi apabila berlaku kes kebocoran minyak di stesen mereka demi keselamatan terhadap pengguna," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Kesedaran Keselamatan Petroleum di Selama dekat sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Hamzah berkata kementerian mempunyai prosedur operasi standard (SOP) dalam meluluskan sebarang permohonan untuk menjual vape termasuklah perlu mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan bagi mengetahui sama ada ia mengandungi nikotin atau tidak.

Terdahulu, Hamzah dalam ucapannya berkata kerajaan sememangnya prihatin kepada pengguna yang berdepan dengan kenaikan kos sara hidup dengan tidak menaikkan harga gas petroleum cecair (LPG) di negara ini.

"LPG adalah barangan yang dikawal kerajaan dan harganya tidak naik sejak enam tahun lepas," katanya. –Bernama

Sumber : Sinar Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kongsi di Facebook