Kongsi di Facebook

Isnin, 1 Mei 2017

TIPS - CARA MENGURANGKAN PENGGUNAAN PETROL


Berikut merupakan antara 9 cara untuk mengurangkan penggunaan bahan api/petrol:


MERANCANG PERJALANAN.  
Membuat senarai/listing keperluan  yang memerlukan anda untuk memandu. Ini akan membantu anda mencapai objektif anda didalam senarai dengan mengurangkan pemanduan dan dimasa yang sama menjimatkan penggunaan petrol.

MELETAKKAN KENDERAAN DI TEMPAT YANG TEDUH. 
Haba boleh menyebabkan petrol hilang(evaporate). Oleh itu, meletakkan kenderaan di tempat yang sejuk mempunyai manfaat tambahan didalam mengekalkan penyejukan kereta serta mengurangkan keperluan untuk menggunakan penghawa dingin.

MERINGANKAN BEBAN KERETA
Berat kereta yang berlebihan akan menyebabkan tenaga kenetik kereta akan berkurangan sekaligus akan meningkatkan penggunaan petrol. Dengan meringankan beban kereta, penggunaan petrol akan menjadi lebih kurang penggunaan petrol.

MEMPERLAHANKAN KENDERAAN. 
 Lebih cepat anda memandu, semakin sukar enjin perlu bekerja untuk menolak daya angin. Untuk menjimatkan penggunaan minyak,pastikan anda memandu dengan kelajuan sederhana dan mengekalkan kelajuan ekonomi(economy speed).

MENGELAKKAN BREK MENGEJUT. 
Penggunaan brek secara berlebihan serta tidak terkawal akan menebabkan pembaziran petrol yang sudah digunakan. Memecut selepas membrek akan menambahkan penggunaan minyak berbanding memandu dengan kelajuan yang tetap/sama.

MEMASTIKAN ANGIN TAYAR YANG CUKUP. 
Kita boleh mengurangkan penggunaan bahan api/petrol dengan memanstikan angin kereta dalam keadaan yang mencukupi. Adalah dinasihatkan untuk memeriksa keadaan tayar sebulan sekali atau lebih baik seminggu sekali.

MENGELAKKAN BERHENTI LAMA(IDLING) DENGAN ENJIN KERETA HIDUP.
Membiarkan enjin hidup semasa menunggu didalam kereta masih menggunakan petrol. Jika anda ingin memanaskan enjin kenderaan, adalah lebih baik anda memandu secara perlahan sehingga kenderaan mencapai suhu operasi yang sesuai.

MENGURANGKAN PENGGUNAAN PENGHAWA DINGIN. 
Adalah dinasihatkan untuk mengurangkan penghawa dingin semasa memandu didalam kesesakan. Kajian menunjukkan menggunakan penghawa dingin semasa memandu pada kelajuan lebuhraya lebih baik berbanding menggunakan penghawa dingin semasa memandu didalam kesesakan.
 
MENYELENGGARA KENDERAAN SECARA BERKALA. Pastikan kenderaan anda diservis dengan kerap bagi memastikan kenderaan anda didalam keadaan yang baik untuk digunakan. 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kongsi di Facebook